Kita semua pernah melalui hari-hari dimana kita berasa sangat bermotivasi dan bersedia untuk menghadapi apa sahaja yang dihadapan kita, manakala hari yang lain kita berasa tertekan, lemah dan kurang bermotivasi. Walaupun tidak mengapa merasai kedua-dua perasaan kerana ia adalah sebahagian daripada kehidupan, tetapi kita perlu menyedari bahawa fikiran negatif jika tidak di urus akan membawa kepada perkara yang tidak diingini. Oleh itu, sangat penting untuk kita meminimakan penurunan motivasi (menghapuskan ia akan tinggal di Utopia), dan melepaskan kuasa yang diperlukan untuk membantu kita meneruskan kehidupan seperti biasa. Disini terdapat 5 langkah yang dapat dilakukan dari saat anda bangun dan menamatkan hari anda dengan rasa bermotivasi.
1. Jangan semak notifikasi telefon anda sewaktu anda bangun dari tidur
Ini adalah langkah pertama yang kebanyakan kita gagal. Apa yang akan kita lakukan apabila kita membuka mata? Kita menyemak notifikasi – emel, whatsapp, media sosial dan lain-lain. Saya tidak mengatakan jangan sesekali menyemak telefon anda selepas anda bangun, sebaliknya, biarkan telefon anda selama 5-15 minit. Fikirkan perkara ini, anda tidak membalas semua notifikasi semasa anda sedang nyenyak tidur bukan? Jadi apakah perbezaannya jika anda membiarkannya selama 5-15 minit lagi?
Jadi untuk apa 5-15 minit ini? Fokus pada ANDA. Lakukan apa yang anda mahu lakukan dalam tempoh masa ini – berdoa, bermeditasi, bersenam, mandi, membancuh kopi atau teh sendiri, atau apa sahaja. Anda juga boleh memanjangkan tempoh masa ini kepada 30 minit, satu jam, 2 jam dan lain-lain, bergantung pada jadual anda sendiri. Cuma, jangan biarkan notifikasi masuk itu menentukan permulaan hari anda.
2. Rancang aktiviti anda lebih awal
Sama ada perkara yang berkaitan dengan kerja atau peribadi, ia sentiasa bagus untuk merancang aktiviti anda lebih awal. Ini akan membantu anda mempunyai fikiran yang jelas tentang:
- apakah aktiviti atau matlamat yang perlu anda capai pada hari tersebut
- urutan aktiviti (aktiviti manakah yang hendak dilakukan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya). Anda boleh meneroka Matriks Keputusan Eisenhower untuk membantu anda membezakan antara keperluan mendesak dan kepentingan
- sumber yang anda perlukan untuk menjalankan aktiviti tersebut atau mencapai matlamat tersebut (masa, kemahiran, pengetahuan, wang, orang, dll)
Sentiasa ingat petikan yang baik oleh Benjamin Franklin:
“Jika anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal”
Benjamin Franklin
3. Melaraskan
Kita harus mengakui, tidak menghairankan bahawa kadang-kadang kehidupan melemparkan kepada anda limau yang anda tidak boleh membuat air limau dengannya! Di sinilah pentingnya melaraskan rancangan anda. Jangan tegar. Jika mana-mana tugasan pada hari itu gagal, atau anda tidak dapat mula melakukannya, kemudian laraskan! Jadilah fleksibel mengenainya. Kawal kapal anda. Anda tidak boleh mengawal ombak yang melanda, tetapi anda pasti mempunyai kuasa untuk mengharunginya.
4. Apabila ketegangan datang, ambil satu langkah ke belakang
Anda tahu bahawa dorongan yang kuat dalam diri anda menyala seperti arang untuk hanya menjerit pada orang yang menjengkelkan atau menggugurkan kenyataan negatif anda yang tidak diminta? Jangan! Banyak masa isu boleh menjadi lebih teruk disebabkan emosi kita yang tidak terkawal dan kata-kata yang menyakitkan hati. Jadi ambil langkah ke belakang dan nilai. Pergi untuk seketika jika kemarahan anda membara. Anda akan berterima kasih kepada diri sendiri nanti kerana melakukan ini.
5. Raikan kemenangan kecil anda
Hanya 1 daripada 10 tugasan hari itu selesai? Bagus! Raikan kemenangan kecil anda kerana kemenangan ini adalah kejayaan yang akan membawa anda lebih dekat kepada matlamat anda. Apabila semuanya dikatakan dan dilakukan, ingat bahawa esok akan sentiasa menjadi hari harapan dan peluang baru. Oleh itu, akhiri hari anda dengan hati yang bersyukur atas semua nikmat yang anda miliki dalam hidup, dan teruja untuk melihat apa yang akan berlaku pada hari esok. Siapa tahu esok mungkin hari di mana semua usaha anda membuahkan hasil.
Mengenai penulis:
Feroz Hayat Khan ialah seorang Jurulatih Kehidupan dan Pengarah Blankskript Consultants. Anda boleh mengikutinya di Instagram, LinkedIn, Twitter, TikTok, dan Facebook @ferozhayatkhan